Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Tuesday, March 30, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas 2010

Kursus ini akan diadakan di Pendang Lake Resort pada 8.4.2010 - 10-4.2010
PIBG akan menyumbang perbelanjaan pengangkutan bas pergi dan balik untuk program tersebut.

Mesyuarat AJK 1/2010

Mesyuarat telah berlangsung pada 29.3.2010 (12.30 tengah hari - 2 petang) di Bilik Mesyuarat Seri Delima, SMK Tengku Laksamana.

Antara cadangan aktiviti yang bakal diadakan
  1. Program untuk pelajar bermasalah (dengan kerjasama LPPKN)
    • Tarikhnya akan ditetapkan kemudian (bergantung kepada kesesuaian masa)
  2. Membuat kertas kerja dan permohonan untuk meluaskan surau SMK Tengku Laksamana
    • Perlu dihantar kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
    • Setakat ini kos keseluruhan dianggarkan berjumlah antara RM 50,000 - 75,000
    • Sumbangan daripada semua amat diperlukan dalam usaha untuk menjadikannya satu realiti  
SMK Tengku Laksamana akan mengadakan Program Hari Usahawan tidak lama lagi. Maklumat lanjut akan diberikan tidak lama lagi

Hari Ko-Kurikulum ditetapkan pada setiap hari Khamis. Pelajar akan pulang lebih lewat daripada biasa pada hari tersebut. Maklumat lanjut akan dikeluarkan secara rasmi oleh pihak sekolah.

Thursday, March 25, 2010

Mesyuarat AJK PIBG 1 - 2010/2011


Mesyuarat AJK PIBG 1 - 2010/2011 akan diadakan pada

Tarikh          -           29.3.2010
Hari             -           Isnin
Masa            -           12.30 tengah hari
Tempat        -           Bilik Mesyuarat Seri Delima

Semua AJK Dijemput Hadir.
 

Wednesday, March 24, 2010

Mesyuarat Agong ke 32 - 2010

Mesyuarat Agong ke 32 PIBG SMK Tengku Laksamana bagi tahun 2010 telah berlangsung pada hari Khamis (11.3.2010) di Dewan SMK Tengku Laksamana.

Ia telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Md Shariff Bin Daros, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar pada pukul 3.00 petang.

Mesyuarat tersebut telah berjalan dalam suasana yang cukup harmoni dan  berakhir pada jam 5.00 petang. Senarai AJK baru yang telah dilantik ada dipaparkan di blog ini.

Terima kasih kepada semua AJK yang lalu. Sumbangan anda kepada SMK Tengku Laksamana amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Kepada AJK yang baru, tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas !