Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Tuesday, April 27, 2010

Kejohanan Balapan & Padang SMK Tengku Laksamana

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Tengku Laksamana akan menganjurkan Kejohanan Balapan & Padang ke-38 pada :

Tarikh
Rabu - 28 April 2010

Masa
7.30 pagi

Tempat
Dataran Laksamana, SMK Tengku Laksamana

Sekolah dijangka akan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Harap maklum

Monday, April 26, 2010

Alamat Baru Facebook PIBG SMK Tengku Laksamana

Untuk makluman semua, PIBG SMK Tengku Laksamana kini boleh diakses di  Facebook dengan menggunakan alamat berikut:

http://www.facebook.com/pibgsmktengkulaksamana

Gunakanlah ruang tersebut dengan sebaiknya.

Terima kasih.

Thursday, April 15, 2010

Majlis Bacaan Yasin Khas di SMK Tengku Laksamana

Majlis Bacaan Yasin khas untuk pelajar SMK Tengku Laksamana (Mohd Fadhli Othman) yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini  di rawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar, Kedah telah berlangsung pada pukul 7.30 pagi hari ini 15.04.2010 bertempat di surau sekolah.

Pihak PIBG ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru, waris dan  para pelajar yang telah sudi hadir ke majlis tersebut.






Program Qiamullail Untuk Pelajar Tingkatan 5.

SMK Tengku Laksamana akan mengadakan Program Qiamullail untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 di sekolah ini pada hari ini (15.04.2010) bermula pukul 3.30 petang hingga ke tengah hari esok (16.04.2010).

Harap maklum.

Wednesday, April 14, 2010

Bacaan Yasin Untuk Adik Mohd Fadhli Othman

PIBG SMK Tengku Laksamana dengan kerjasama pihak sekolah akan menganjurkan majlis bacaan Yasin khas untuk Adik Mohd Fadhli pada hari Khamis - 15.04.2010 bermula 7.30 pagi. Semua ibu bapa dan waris dijemput hadir.

Tuesday, April 13, 2010

Pelajar SMK Tengku Laksamana Kemalangan

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang daripada pelajar Tingkatan 5 di sekolah ini telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan baru-baru ini.

Pelajar Mohd Fadhli Bin Othman hingga kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga adik Mohd Fadhli cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah untuk bersama-sama rakan seperjuangan yang lain di SMK Tengku Laksamana ini.

Tuesday, April 6, 2010

Projek Membesarkan Surau SMK Tengku Laksamana

PIBG dan pihak sekolah SMK Tengku Laksamana sekarang dalam proses untuk menyediakan satu kertas kerja untuk memohon dana bagi meluas dan membesarkan surau sekolah dalam tempoh terdekat ini.

Ia dirasakan amat perlu memandangkan surau yang sedia ada tidak lagi dapat menampung bilangan jemaah (pelajar) yang semakin ramai terutama dalam melaksanakan aktiviti bercorak keagamaan.

Anggaran dana yang diperlukan ialah : RM 100,000.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menghubungi pihak sekolah atau PIBG di alamat berikut untuk keterangan lanjut.

SMK Tengku Laksamana, Jalan Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah - Tel: 04-7716482 ; Faks : 04-7721482 ; Emel:  pibgsmktl@gmail.com

Sumbangan anda amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Hari Untuk Kegiatan Ko-Kurikulum

Hari Khamis pada setiap minggu telah ditetapkan sebagai hari untuk kegiatan ko-kurikulum di SMK Tengku Laksamana.

Para pelajar akan pulang lebih lewat daripada biasa (lebih kurang pukul 4.00 petang).

Pihak sekolah dan PIBG berharap ibu bapa dan para waris akan dapat menguruskan pengambilan anak-anak tuan/puan pada waktu tersebut bagi memastikan mereka pulang ke rumah dengan selamat.

Hari Bertemu Pelanggan

Hari bertemu pelanggan di SMK Tengku Laksamana ialah pada setiap hari Rabu. Namun begitu pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa / waris yang ingin berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh anak mereka pada bila-bila masa sahaja.