Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Thursday, August 26, 2010

Memohon Derma Khairat Pembesaran Surau Sekolah SMK Tengku Laksamana

Surat Rasmi Permohonan Derma Untuk Pembinaan Surau SMK Tengku Laksamana

Surat Kelulusan Daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah


Pihak Jawatankuasa Pembangunan Surau SMK Tengku Laksamana dengan kerjasama PIBG SMK Tengku Laksamana sedang giat berusaha untuk mencari dana bagi membesarkan Surau Al-Hidayah di sekolah ini yang kini tidak lagi mampu menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dari setahun ke setahun. Jumlah dana yang diperlukan adalah sebanyak RM 96,000.

Sehubungan dengan itu, pihak PIBG ingin merayu kepada semua  warga SMK Tengku Laksamana, bekas-bekas pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang ingin sama-sama membantu pihak kami untuk menjadikan ianya satu realiti.

Bagi mereka yang berminat untuk berbuat demikian, anda boleh menghubungi pihak sekolah, mana-mana AJK PIBG atau menggunakan keratan di bawah:

SMK Tengku Laksamana, Jalan Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah
Telefon : 04-7716482 ; Faks : 04-7721482

Semoga derma dan sumbangan yang anda berikan (terutamanya di bulan Ramadan Al Mubarak ini ) akan mendapat balasan yang besar daripada Allah SWT di akhirat nanti, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment