Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Tuesday, March 29, 2011

Program Mengubah Destini Anak Bangsa Anjuran UITM

UITM menawarkan peluang kepada pelajar Bumiputera yang memenuhi kriteria berikut untuk mengikuti Program Pra Diploma di UITM. Untuk borang permohonan dan keterangan yang lebih lanjut, sila layari laman berikut :

http://kedah.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1142%3Aprogram-mengubah-destini-anak-bangsa&catid=210%3Alatest-information

Program Mengubah Destini Anak Bangsa




Program MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA adalah satu program yang ditawarkan oleh UiTM bagi membantu dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar Bumiputera yang tidak mendapat KREDIT dalam matapelajaran BAHASA INGGERIS & MATEMATIK untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Anak-anak ini akan berpeluang untuk mengikuti kursus pra perdagangan di UiTM Cawangan Kedah selama satu semester dengan semua perbelanjaan yuran dibantu oleh pihak UiTM.

PANDUAN :-

1. Syarat Kemasukan

Syarat Am
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu serta:-

Syarat Khas
Lulus Matematik/Matematik Tambahan
Lulus Bahasa Inggeris

2. Cara Memohon
Mengisi borang Permohonan Kemasukan Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM Sesi Disember 2010 dan hantar ke alamat di bawah:-

Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Teknologi MARA Kedah
Peti Surat 187, 08400
Merbok, Kedah

3. Calon yang layak untuk memohon

Cukup syarat kemasukan iaitu syarat am dan khas program.
Bumiputera.
Calon pelajar-pelajar yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan (Gaji kurang dari RM2,000.00), anak-anak yatim
Calon berumur 23 tahun dan kebawah

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Encik Hairul Nizam Othman 04-4562582
Cik Tuty Munirah 04-4562385
Puan Norhazwani 04-4562387
Pejabat Am Bahagian HEA 04-2452384

5. Tarikh tutup permohonan ialah 6 April 2011

No comments:

Post a Comment