Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Thursday, April 4, 2013

Mesyuarat Agong PIBG SMK Tengku Laksamana 2013

Mesyuarat Agong PIBG akan diadakan pada hari ini 4.4.2013 bermula pukul 2.30 petang di Dewan SMK Tengku Laksamana.

Perasmian oleh YDP PIBG SMK Tengku Laksanama - Y.Bhg. Dr Wan Mohd Rushidi Bin Haji Wan Mahmud.

Semua ibu bapa, para waris dan warga SMK Tengku Laksamana dijemput hadir.

Wednesday, April 3, 2013

Makluman Untuk Pelajar STPM

CALON STPM 2013 (Baharu)


Kepada calon STPM 2013 (Baharu) yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM Penggal I boleh membuat pendaftaran untuk mengambil peperiksaan Ulangan 1.

Tarikh pendaftaran dibuka : 10/06/2013 - 05/07/2013

Maklumat lanjut mengenai bayaran, tarikh peperiksaan dan pelaksanaan boleh diperolehi melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia
http://www.mpm.edu.my/

Pertanyaan juga boleh dibuat di laman ini (http://www.facebook.com/smk.tengkulaksamana atau guru-guru yang berkenaan di SMK Tengku Laksamana:
Jamil Nor
Jamilah Abd Hamid
Lelyrozitahassan Desa 

Terima kasih.

Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa Dilancar


Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 24.2.2013. sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah

Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan,sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman di bawah: