Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Thursday, December 30, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Persekolahan 2011

PIBG SMK Tengku Laksamana ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Persekolahan 2011 yang akan bermula 3 Januari 2011.

Kepada semua warga SMKTL yang lama, selamat kembali ke sekolah dengan azam dan tekad yang baru untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi di tahun ini.

Kepada warga baru SMKTL, selamat datang dan semoga kehadiran anda semua akan membuatkan SMKTL lebih cemerlang dan gemilang lagi di masa hadapan....

Friday, December 24, 2010

Keputusan PMR 2010 (23/12/2010)

Ili Husna Aimi bt Che Ani

 Siti Nursyahadah bt Shamsuddin

PIBG SMK Tengku Laksamana ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah lulus dengan cemerlang dalam keputusan PMR baru-baru ini. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi di peperiksaan SPM yang akan datang....

Senarai Pelajar Cemerlang SMK Tengku Laksamana.

1. Ili Husna Aimi bt Che Ani (8A)
2. Siti Nursyahadah bt Shamsuddin (8A)
3. Muhamad Amir Azzamuddin b Aziz (7A1B)
4. Muhammad Ariff Fadhlillah b Abdul Manaf (7A1B)
5. Muhammad Imran b Zahir (7A1B)

Maklumat diperolehi daripada Facebook SMK Tengku Laksamana (http://www.facebook.com/home.php#!/album.php?aid=22714&id=100001632705158)

Sunday, October 31, 2010

Ceramah Sayangi Jantung Anda & Kursus CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) di Kedah Medical Centre


Tarikh
30.10.2010 (Sabtu)
Masa
8.45 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat
Tingkat 8, Kedah Medical Centre
Penceramah
Dato' Dr Amin Sani (Pakar Perunding Kardiologi, Kedah Medical Centre)

Program in telah dianjurkan dengan kerjasama pihak SMK Tengku Laksamana, PIBG SMK Tengku Laksamana dan Kedah Medical Centre. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Tuesday, October 5, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR

Kepada semua warga SMK Tengku Laksamana yang akan menduduki peperiksaan PMR mulai hari ini, diucapkan selamat berjaya dan semoga usaha anda semua diberkati Allah SWT, Insya Allah...

Wednesday, September 29, 2010

Mesyuarat AJK PIBG SMK Tengku Laksamana Kali ke 4 - 2010

Mesyuarat telah berlangsung pada hari ini - 29.9.2010 di Bilik Mesyuarat Seri Delima bermula 12 tengah hari - 2 petang. Pelbagai isu telah dibincangkan termasuk berkenaan kutipan derma untuk pembesaran surau.

Bacaan Yasin, Tahlil & Sembahyang Hajat Perdana SMK Tengku Laksamana



Tarikh : 30.9.2010 ( bermula 9 pagi ).
Semua Warga SMKTL, ibu bapa dan Waris dijemput hadir.

Thursday, August 26, 2010

Memohon Derma Khairat Pembesaran Surau Sekolah SMK Tengku Laksamana

Surat Rasmi Permohonan Derma Untuk Pembinaan Surau SMK Tengku Laksamana

Surat Kelulusan Daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah


Pihak Jawatankuasa Pembangunan Surau SMK Tengku Laksamana dengan kerjasama PIBG SMK Tengku Laksamana sedang giat berusaha untuk mencari dana bagi membesarkan Surau Al-Hidayah di sekolah ini yang kini tidak lagi mampu menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dari setahun ke setahun. Jumlah dana yang diperlukan adalah sebanyak RM 96,000.

Sehubungan dengan itu, pihak PIBG ingin merayu kepada semua  warga SMK Tengku Laksamana, bekas-bekas pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang ingin sama-sama membantu pihak kami untuk menjadikan ianya satu realiti.

Bagi mereka yang berminat untuk berbuat demikian, anda boleh menghubungi pihak sekolah, mana-mana AJK PIBG atau menggunakan keratan di bawah:

SMK Tengku Laksamana, Jalan Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah
Telefon : 04-7716482 ; Faks : 04-7721482

Semoga derma dan sumbangan yang anda berikan (terutamanya di bulan Ramadan Al Mubarak ini ) akan mendapat balasan yang besar daripada Allah SWT di akhirat nanti, Insya Allah.

Wednesday, July 14, 2010

Monday, July 12, 2010

Saturday, July 10, 2010

Sunday, July 4, 2010

Hari Anugerah Cemerlang SMK Tengku Laksamana

SMK Tengku Laksamana akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2010 pada 7.7.2010 yang akan datang

Tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut ialah Y.Bhg Dato' Latt Shariman Abdullah, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri Malaysia.

Semua warga SMK Tengku Laksamana  dan PIBG SMK Tengku Laksamana dijemput hadir.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

PIBG SMK Tengku Laksamana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Puan Pengetua dan semua guru-guru di sekolah ini.

Terima kasih dan setinggi penghargaan di atas segala tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada semua pelajar dan bekas pelajar daripada sekolah ini.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik dan pengorbanan anda semua, Insya Allah.

Tuesday, May 11, 2010

Jangan Ikut Jalan Ini....

Harian Metro 10.5.2010

Anak-anak yang dikasihi sekelian, diharap dapat jadikan kisah ini sebagai satu teladan. Janganlah terlalu mudah menggadai maruah diri.
Ingat kepada Allah yang Maha Esa. Insya Allah, ia akan dapat menghidari diri situasi sebegini...

Friday, May 7, 2010

Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 Bawah 2010 di SMKTL

Kepada calon SPM 2009 SMKTL, Sila semak tawaran kemasukan Tingkatan 6 bawah tahun 2010 melalui sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my/. Sila cetak surat tawaran kemasukan. Senarai nama calon yang berjaya juga boleh disemak di sekolah.

Sila berjumpa PK HEM atau Kaunselor Sekolah yang sedia membantu anda.

Wednesday, May 5, 2010

Mesyuarat Khas Keselamatan Jalan Raya

PIBG SMK Tengku Laksamana dengan kerjasama pihak sekolah akan mengadakan mesyuarat khas mengenai keselamatan jalan raya pada hari Khamis - 6.5.2010 (jam 2.30 petang) bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Delima.

Turut dijemput menghadiri mesyuarat ini ialah PIBG SK Telok Kechai, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Polis Cawangan Trafik Negeri Kedah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Adalah diharapkan mesyuarat ini dapat mencari jalan penyelesaian terhadap beberapa masalah keselamatan jalan raya yang masih belum dapat diatasi sehingga kini.

Tuesday, April 27, 2010

Kejohanan Balapan & Padang SMK Tengku Laksamana

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Tengku Laksamana akan menganjurkan Kejohanan Balapan & Padang ke-38 pada :

Tarikh
Rabu - 28 April 2010

Masa
7.30 pagi

Tempat
Dataran Laksamana, SMK Tengku Laksamana

Sekolah dijangka akan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Harap maklum

Monday, April 26, 2010

Alamat Baru Facebook PIBG SMK Tengku Laksamana

Untuk makluman semua, PIBG SMK Tengku Laksamana kini boleh diakses di  Facebook dengan menggunakan alamat berikut:

http://www.facebook.com/pibgsmktengkulaksamana

Gunakanlah ruang tersebut dengan sebaiknya.

Terima kasih.

Thursday, April 15, 2010

Majlis Bacaan Yasin Khas di SMK Tengku Laksamana

Majlis Bacaan Yasin khas untuk pelajar SMK Tengku Laksamana (Mohd Fadhli Othman) yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini  di rawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar, Kedah telah berlangsung pada pukul 7.30 pagi hari ini 15.04.2010 bertempat di surau sekolah.

Pihak PIBG ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru, waris dan  para pelajar yang telah sudi hadir ke majlis tersebut.






Program Qiamullail Untuk Pelajar Tingkatan 5.

SMK Tengku Laksamana akan mengadakan Program Qiamullail untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 di sekolah ini pada hari ini (15.04.2010) bermula pukul 3.30 petang hingga ke tengah hari esok (16.04.2010).

Harap maklum.

Wednesday, April 14, 2010

Bacaan Yasin Untuk Adik Mohd Fadhli Othman

PIBG SMK Tengku Laksamana dengan kerjasama pihak sekolah akan menganjurkan majlis bacaan Yasin khas untuk Adik Mohd Fadhli pada hari Khamis - 15.04.2010 bermula 7.30 pagi. Semua ibu bapa dan waris dijemput hadir.

Tuesday, April 13, 2010

Pelajar SMK Tengku Laksamana Kemalangan

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang daripada pelajar Tingkatan 5 di sekolah ini telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan baru-baru ini.

Pelajar Mohd Fadhli Bin Othman hingga kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga adik Mohd Fadhli cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah untuk bersama-sama rakan seperjuangan yang lain di SMK Tengku Laksamana ini.

Tuesday, April 6, 2010

Projek Membesarkan Surau SMK Tengku Laksamana

PIBG dan pihak sekolah SMK Tengku Laksamana sekarang dalam proses untuk menyediakan satu kertas kerja untuk memohon dana bagi meluas dan membesarkan surau sekolah dalam tempoh terdekat ini.

Ia dirasakan amat perlu memandangkan surau yang sedia ada tidak lagi dapat menampung bilangan jemaah (pelajar) yang semakin ramai terutama dalam melaksanakan aktiviti bercorak keagamaan.

Anggaran dana yang diperlukan ialah : RM 100,000.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menghubungi pihak sekolah atau PIBG di alamat berikut untuk keterangan lanjut.

SMK Tengku Laksamana, Jalan Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah - Tel: 04-7716482 ; Faks : 04-7721482 ; Emel:  pibgsmktl@gmail.com

Sumbangan anda amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Hari Untuk Kegiatan Ko-Kurikulum

Hari Khamis pada setiap minggu telah ditetapkan sebagai hari untuk kegiatan ko-kurikulum di SMK Tengku Laksamana.

Para pelajar akan pulang lebih lewat daripada biasa (lebih kurang pukul 4.00 petang).

Pihak sekolah dan PIBG berharap ibu bapa dan para waris akan dapat menguruskan pengambilan anak-anak tuan/puan pada waktu tersebut bagi memastikan mereka pulang ke rumah dengan selamat.

Hari Bertemu Pelanggan

Hari bertemu pelanggan di SMK Tengku Laksamana ialah pada setiap hari Rabu. Namun begitu pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa / waris yang ingin berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh anak mereka pada bila-bila masa sahaja.

Tuesday, March 30, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas 2010

Kursus ini akan diadakan di Pendang Lake Resort pada 8.4.2010 - 10-4.2010
PIBG akan menyumbang perbelanjaan pengangkutan bas pergi dan balik untuk program tersebut.

Mesyuarat AJK 1/2010

Mesyuarat telah berlangsung pada 29.3.2010 (12.30 tengah hari - 2 petang) di Bilik Mesyuarat Seri Delima, SMK Tengku Laksamana.

Antara cadangan aktiviti yang bakal diadakan
  1. Program untuk pelajar bermasalah (dengan kerjasama LPPKN)
    • Tarikhnya akan ditetapkan kemudian (bergantung kepada kesesuaian masa)
  2. Membuat kertas kerja dan permohonan untuk meluaskan surau SMK Tengku Laksamana
    • Perlu dihantar kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
    • Setakat ini kos keseluruhan dianggarkan berjumlah antara RM 50,000 - 75,000
    • Sumbangan daripada semua amat diperlukan dalam usaha untuk menjadikannya satu realiti  
SMK Tengku Laksamana akan mengadakan Program Hari Usahawan tidak lama lagi. Maklumat lanjut akan diberikan tidak lama lagi

Hari Ko-Kurikulum ditetapkan pada setiap hari Khamis. Pelajar akan pulang lebih lewat daripada biasa pada hari tersebut. Maklumat lanjut akan dikeluarkan secara rasmi oleh pihak sekolah.

Thursday, March 25, 2010

Mesyuarat AJK PIBG 1 - 2010/2011


Mesyuarat AJK PIBG 1 - 2010/2011 akan diadakan pada

Tarikh          -           29.3.2010
Hari             -           Isnin
Masa            -           12.30 tengah hari
Tempat        -           Bilik Mesyuarat Seri Delima

Semua AJK Dijemput Hadir.
 

Wednesday, March 24, 2010

Mesyuarat Agong ke 32 - 2010

Mesyuarat Agong ke 32 PIBG SMK Tengku Laksamana bagi tahun 2010 telah berlangsung pada hari Khamis (11.3.2010) di Dewan SMK Tengku Laksamana.

Ia telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Md Shariff Bin Daros, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar pada pukul 3.00 petang.

Mesyuarat tersebut telah berjalan dalam suasana yang cukup harmoni dan  berakhir pada jam 5.00 petang. Senarai AJK baru yang telah dilantik ada dipaparkan di blog ini.

Terima kasih kepada semua AJK yang lalu. Sumbangan anda kepada SMK Tengku Laksamana amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Kepada AJK yang baru, tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas !