Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

PIBG SMK Tengku Laksamana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Puan Pengetua dan semua guru-guru di sekolah ini.

Terima kasih dan setinggi penghargaan di atas segala tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada semua pelajar dan bekas pelajar daripada sekolah ini.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik dan pengorbanan anda semua, Insya Allah.

Tuesday, May 11, 2010

Jangan Ikut Jalan Ini....

Harian Metro 10.5.2010

Anak-anak yang dikasihi sekelian, diharap dapat jadikan kisah ini sebagai satu teladan. Janganlah terlalu mudah menggadai maruah diri.
Ingat kepada Allah yang Maha Esa. Insya Allah, ia akan dapat menghidari diri situasi sebegini...

Friday, May 7, 2010

Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 Bawah 2010 di SMKTL

Kepada calon SPM 2009 SMKTL, Sila semak tawaran kemasukan Tingkatan 6 bawah tahun 2010 melalui sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my/. Sila cetak surat tawaran kemasukan. Senarai nama calon yang berjaya juga boleh disemak di sekolah.

Sila berjumpa PK HEM atau Kaunselor Sekolah yang sedia membantu anda.

Wednesday, May 5, 2010

Mesyuarat Khas Keselamatan Jalan Raya

PIBG SMK Tengku Laksamana dengan kerjasama pihak sekolah akan mengadakan mesyuarat khas mengenai keselamatan jalan raya pada hari Khamis - 6.5.2010 (jam 2.30 petang) bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Delima.

Turut dijemput menghadiri mesyuarat ini ialah PIBG SK Telok Kechai, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Polis Cawangan Trafik Negeri Kedah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Adalah diharapkan mesyuarat ini dapat mencari jalan penyelesaian terhadap beberapa masalah keselamatan jalan raya yang masih belum dapat diatasi sehingga kini.