Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Thursday, December 30, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Persekolahan 2011

PIBG SMK Tengku Laksamana ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Persekolahan 2011 yang akan bermula 3 Januari 2011.

Kepada semua warga SMKTL yang lama, selamat kembali ke sekolah dengan azam dan tekad yang baru untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi di tahun ini.

Kepada warga baru SMKTL, selamat datang dan semoga kehadiran anda semua akan membuatkan SMKTL lebih cemerlang dan gemilang lagi di masa hadapan....

Friday, December 24, 2010

Keputusan PMR 2010 (23/12/2010)

Ili Husna Aimi bt Che Ani

 Siti Nursyahadah bt Shamsuddin

PIBG SMK Tengku Laksamana ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah lulus dengan cemerlang dalam keputusan PMR baru-baru ini. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi di peperiksaan SPM yang akan datang....

Senarai Pelajar Cemerlang SMK Tengku Laksamana.

1. Ili Husna Aimi bt Che Ani (8A)
2. Siti Nursyahadah bt Shamsuddin (8A)
3. Muhamad Amir Azzamuddin b Aziz (7A1B)
4. Muhammad Ariff Fadhlillah b Abdul Manaf (7A1B)
5. Muhammad Imran b Zahir (7A1B)

Maklumat diperolehi daripada Facebook SMK Tengku Laksamana (http://www.facebook.com/home.php#!/album.php?aid=22714&id=100001632705158)