Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Monday, May 7, 2012

Pendaftaran Tingkatan 6 Bawah SMK Tengku Laksamana


PENDAFTARAN TINGKATAN 6 BAWAH 2012

Kepada calon SPM yang ditawarkan ke Tingkatan 6 Bawah 2012 ke SMK Tengku Laksamana, sila lapor diri mengikut ketetapan yang terdapat di dalam Surat Tawaran Kemasukan melalui aman sesawang http://www.moe.gov.my/

Tarikh : 08/05/2012
Tempat : Dewan SMKTL
Masa : Surat Tawaran Kemasukan
Sila bawa bersama : a) Salinan Surat Tawaran Kemasukan
b) Salinan Kad pengenalan

Catatan :

1. Calon-calon yang gagal melapor diri mengikut ketetapan yang dibuat dianggap menolak tawaran.
2. Pendaftaran selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
3. Bagi calon yang mendapat panggilan sebagai pelatih PLKN diberi dua pilihan.
3.1 Mendaftar mengikut ketetapan dan memohon penangguhan PLKN melalui
borang permohonan penangguhan yang boleh dimuat turun di laman
sesawang http://www.khidmatnegara.gov.my/
3.2 Mendaftar sebagai pelatih PLKN dan memohon penangguhan kemasukan ke
Tingkatan 6 Bawah pada Jun 2013 (tahun depan).

Sekian, harap maklum.

Anugerah Cemerlang 2012 - Gambar2 Kenangan












  

 
Lebih banyak gambar boleh diperoleh di sini....:

 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.343235915740829.80933.100001632705158&type=3