Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Wednesday, March 24, 2010

Mesyuarat Agong ke 32 - 2010

Mesyuarat Agong ke 32 PIBG SMK Tengku Laksamana bagi tahun 2010 telah berlangsung pada hari Khamis (11.3.2010) di Dewan SMK Tengku Laksamana.

Ia telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Md Shariff Bin Daros, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar pada pukul 3.00 petang.

Mesyuarat tersebut telah berjalan dalam suasana yang cukup harmoni dan  berakhir pada jam 5.00 petang. Senarai AJK baru yang telah dilantik ada dipaparkan di blog ini.

Terima kasih kepada semua AJK yang lalu. Sumbangan anda kepada SMK Tengku Laksamana amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Kepada AJK yang baru, tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas !

No comments:

Post a Comment