Visi SMKTL

Berhasrat mendidik dan menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, kritis serta kreatif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum supaya menjadi insan yang produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi SMKTL

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana akan menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2012

Tuesday, March 30, 2010

Mesyuarat AJK 1/2010

Mesyuarat telah berlangsung pada 29.3.2010 (12.30 tengah hari - 2 petang) di Bilik Mesyuarat Seri Delima, SMK Tengku Laksamana.

Antara cadangan aktiviti yang bakal diadakan
  1. Program untuk pelajar bermasalah (dengan kerjasama LPPKN)
    • Tarikhnya akan ditetapkan kemudian (bergantung kepada kesesuaian masa)
  2. Membuat kertas kerja dan permohonan untuk meluaskan surau SMK Tengku Laksamana
    • Perlu dihantar kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
    • Setakat ini kos keseluruhan dianggarkan berjumlah antara RM 50,000 - 75,000
    • Sumbangan daripada semua amat diperlukan dalam usaha untuk menjadikannya satu realiti  
SMK Tengku Laksamana akan mengadakan Program Hari Usahawan tidak lama lagi. Maklumat lanjut akan diberikan tidak lama lagi

Hari Ko-Kurikulum ditetapkan pada setiap hari Khamis. Pelajar akan pulang lebih lewat daripada biasa pada hari tersebut. Maklumat lanjut akan dikeluarkan secara rasmi oleh pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment